Friday, 26 October 2012

POPIA GULUNG


Mesti ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya popia gulung ni kan? Popia Gulung merupakan nama komersial yang saya gunakan untuk menggantikan batang buruk. Nama popia gulung ini saya mula gunakan apabila saya menghantar sampel batang buruk  ke makmal untuk mendapatkan maklumat pemakanan. Untuk pengetahuan, semua produk yang kita hasilkan untuk tujuan perniagaan haruslah mempunyai maklumat pemakanan sebagai rujukan pengguna dalam pengambilan sesuatu makanan.  Kepada sesiapa yang tinggal di kawasan berhampiran Kota Kinabalu dan berminat untuk mendapatkan maklumat pemakanan mereka bolehlah menghantar sampel produk mereka ke Chemsain Konsultant Snd Bhd di Jalan Kolombong Kota kinabalu sabah.dengan bayaran rm189. Hasil makmal akan diperolehi kurang daripada 3 minggu.

Saya menbuat popia gulung  ini dalam bungkusan kecil dan besar. Bagi bungkusan yang  kecil harganya RM2/90g dan RM20/1kg bagi bungkusan tang besar. Setakat ini hanya terdapat dua perisa yang  saya tawarkan iaitu susu dan coklat.  Perisa coklat ini baru sahaja saya hasilkan beberapa bulan lepas dan sambutannya agak mengalakkan. Selepas ini saya mungkin akan hasilkan beberapa lagi perisa baru. Untuk bungkusannya, saya hanya menggunakan plastik biasa kerana masih belum mempunyai pembungkus sendiri. Sesiapa yang berminat dengan produk ini, mereka boleh menghubungi saya atau membuat tempahan pada bila-bila masa sahaja. Tetapi penghantaran hanya akan ditawarkan untuk mereka yang mengambil tempahan secara banyak dan berada di kawasan yang berhampiran dengan kawasan Tamparuli.







Wednesday, 17 October 2012

KEK BATIK : YUMMY OR LAME ?


Kalau nak tahu saya suka sangat makan kek batik tapi bila compare dengan abang saya rupanya saya masih tak boleh lawan kuantiti kek batik yang dia makan. Tapi tidak semestinya kalu kita suka makanan tu kita kena makan dengan banyak bah kan :) 

Bulan puasa dan raya tahun ni sahaja saya telah membuat kek batik sebanyak 16 KG ( 5KG untuk rumah sendiri, 3 KG untuk moreh di surau, 3 KG untuk ustaz di kampung saya dan 5 KG lagi tempahan dari pelanggan) Sebenarnya seronok buat kek batik ni sebab prosesnya mudah. Cuba cari kat google mesti ada macam-macam cara nak buat kek batik ni. Tapi selalunya saya guna resepi di bawah ni bila nak buat dalam kuantiti yang banyak.

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN


600gm biskut merrie
6 biji telur ( saya guna 6 biji jika buat double so boleh kurangkan kalau tak suka telur)
340gm mentega
1 cawan milo
½ cawan nestum (letak banyak pun boleh)
3 sudu besar serbuk koko
1 tin susu pekat ( kalau tak suka manis boleh kurangkan)
1 cawan air panas

Bila semua bahan sudah disediakan barulah kita boleh buat kek batik. Biskut tu kita kena bahagikan kepada  2 atau 3 bahagian kemudian ketepikan. Bancuh milo, nestum, serbuk koko dan susu pekat dengan air panas sehingga semua sebati.  Masukkan telur, mentega dan panaskan atas api yang perlahan. Kacau sehingga pekat (pastikan betul-betul dah pekat supaya kek batik menjadi lebih sempurna). Kemudian, tuangkan atas biskut tadi dan gaul sehingga rata. Masukkan adunan tersebut ke dalam loyang yang telah dilapis dengan plastik. Tekan hingga padat dan simpan dalam peti sejuk. Apabila kek batik dah keras bolehlah dipotong dan dihidangkan.