Monday, 4 November 2013

Marble banana cake:-)

Assalammualaikum.. Jom kongsi resepi lagi. sebenarnya saya tak tahu apa nama pisang yang makcik saya bagi ni tapi kalau kat sabah kitaorang panggil pisang siau-siau. 'siau-siau' ni dalam bahasa dusun dan kalau translate ke bahasa malaysia bermaksud laju-laju ;-) Tapi tak Kisahlah apa-apa pun nama pisang ni yang penting saya selalu juga guna pisang ni untuk buat muffin.

okaylah kita kongsi resepinya pula

360gm tepung gandum
300gm gula kastor
400gm pisang
240gm minyak masak/ jagung
5biji telur
2 sudu makan ovellate
sedikit garam
sedikit esen vanila/ esen pisang
4 sudu besar susu segar/cair (santan pun boleh guna)
2 sudu besar serbuk koko

Campurkan semua bahan kecuali serbuk koko. gaul sebati mengunakan mixer sehingga semuanya sebati (guna whisk pun boleh). kemudiannya bahagikan kepada dua bahagian. satu adunan di tambah dengan serbuk koko dan sekiranya adunan agak kental tambahkan sedikit air. kemudiannya tuang adunan biasa ke dalam acuan yang telah digris dengan sedikit mentega kemudian lapis dengan adunan yang dicampur dengan koko. ulang proses sehinggalah adunan habis. akhir sekali bakar pada suhu 170c sehinggalah masak.  Inilah kek yang paling senang nk buat cuma masa buat tadi saya terlupa nak letak ovellate tapi apa-apa pun masih sedap dimakan dan rasa macam tak cukup plak kalu ramai budak-budak kuat makan kat rumah ni.




                                       yang ni saya makan untuk minum petang.


Semanis Muffin

Semanis muffin
Manis lagi senyum si dia
Sambil ketawa bersama keluarga
Menikmati muffin di waktu sore
Itulah lambang keluarga bahagia

Semanis muffin
Manis lagi akhlak si dia
Duduk bersimpuh menunduk malu
Bicara santun bersulam nasihat
Itulah cerminan gadis muslimah

Semanis muffin
Manis lagi kenangan semalam
Saat kita bersama berusaha
Menimba ilmu membina iman
Itulah ibarat pemuda Islam

Semanis muffin
Manis lagi tutur katamu
Hanya ingatan tulus nan ikhlas
Mengajar cucunda agak berjihad
Itulah si tua penuh berilmu

Semanis muffin
Manis lagi tuan hamba yang membaca
Sekuntum senyuman hamba dambakan
Agar kita selamanya bersahabat