Wednesday, 13 November 2013

Molten Chocolate Lava Muffin :)

Assalammualaikum...

Alhamdulillah hari ni selamat juga puasa saya dan semoga esok dapat berpuasa lagi. Petang tadi saya berbuka puasa dengan muffin sahaja. Muffin suam-suam panas dimakan bersama aiskrim memang terasa kenikmatannya dan ini pertama kali saya mencubanya. Lepas menikmati muffin bersama teh terasa kenyang sehingga sekarang. Tak tahu muffin itu yang mengenyangkan ataupun perut saya kecil sangat…hehe. Molten muffin ni saya buat semalam dan terpaksa panaskan balik agar muffin tersebut cair sedikit macam dalam gambar ni.

                             



Nama sebenar muffin ni ialah Molten Chocolate Lava Muffin. Kat bawah ni saya kongsikan resepinya. Resepi ni hasil carian saya kat internet tetapi ada yang tertambah dan terkurang semasa proses mengadun bahan.

BAHAN-BAHAN
120 coklat masakan (dipotong kecil-kecil supaya mudah cair)
120 gm butter
1 sudu makan gula aising
2 biji telur
6 sudu besar tepung
1 sudu serbuk koko

Cara penyediaan
Panaskan oven 200C. cairkan coklat masakan dan butter menggunakan oven/ double boiler. Apabila cair, gaul sehingga sebati. Masukkan telur yang telah dipukul bersama gula aising (pukul guna Whisk sahaja pun boleh) ke dalam adunan coklat dan akhir sekali masukkan adunan tepung dan koko.
Tuang adunan ke dalam acuan muffin (pastikan acuan telah disapu dengan butter dan ditabur dengan gula kastor ye). Kemudiannya bakar pada suhu 170c selama 10-12 minit. Jangan terlebih bakar pula, nanti molten chocolate lava tak terhasil sebaliknya akan jadi seperti muffin coklat biasa sahaja.

Nikmati Molten Muffin semasa panas bersama aiskrim atau pun whipping cream. Mudah sangat nak buat muffin ni kan? tetapi untuk adunan ni paling banyak boleh dapat dalam 5 biji je jadi kalu nak jumlah yang banyak tu pandai-pandailah gandakan adunan tadi. Selamat mencuba dan menikmati hasil anda.

Saturday, 9 November 2013

Hokkaido Chiffon Cupcake:)

Asslammualaikum semua....

Alhamdulillah hari ini saya berkesempatan untuk update blog ni. Rasa-rasanya sekarang ni ramai yang tengah bersantai kat rumah bersama famili masing-masing ataupun kuar bersiar-siar dengan keluarga tercinta dan mungkin ada yang tengah sibuk bekerja. Tak kisahlah apa-apa pun aktiviti yang kita buat yang penting kita tidak terleka dari melakukan semua tanggungjawab kita sebagai manusia lebih-lebih lagi sebagai hambaNya.

Menarik untuk saya kongsi hari ini adalah resepi hokkaido chiffon cupcake yang saya buat malam semalam. Kalau ikut pada nama cupcake ni macam cupcake dari Jepun je kn? Tapi saya pun tak pasti dari mana cupcake ni datang cuma yang saya pasti cupcake ni sedap dan semua pengemar cupcake tu kenalah cuba:)
Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti dibawah.




Bahan A
  • 3 biji kuning telur
  • 20g gula kastor
  • 35g minyak jagung
  • 60ml susu segar
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 15g tepung jagung/tepung kastad 
  • 55g tepung gandum + 1sudu teh serbuk penaik
  • secubit garam

Bahan B
  • 3 biji putih telur
  • 30g gula kastor
  • 1/2 sudu kecil cream of tartar - optional

Bahan C
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung kastad
  • 4 sudu besar gula
  • 200ml  susu segar
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar mentega

Ha, mesti ada yang merungut bila nampak bahan yang macam banyak je ni kan...hehe.. tak payahlah risau, jom kita buat step by step. Mula-mula sekali kita asingka kuning dan putih telur. Masukkan gula kastor kedalam kuning telur dan putar sampai berkrim. Kemudiannya kita masukkan pula esen vanilla, minyak jagung dan susu segar (bahan-bahan ni campur dalam satu bekas untuk memudahkan kita dan tak perlu guna bekas yang banyak). Bila dah sebati tu masukkan pula tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik dan garam.

Sekarang Bahan B pula. senang sahaja, just campurkan semua bahan kemudian putar sehingga bertanduk. Ambil sedikit adunan B tadi dan masukkan kedalam adunan A dan kaup terbalikkan sampai sebati selepas tu barula masukkan lebihan adunan B tadi sehingga habis dan gaul sebati. Masukkan adunan kedalam cawan muffin tapi jangan terlalu penuh pula. Bakar pada suhu 170 (pastikan oven telah dipanaskan sebelum proses membakar) selama 20 minit atau sehingga masak. Hasil dalam 11 biji jika guna cawan muffin yang kecil tapi kalu nak cantik gunalah cup muffin yang lebih besar sebab cupcake ni akan mendap sedikit apabila sejuk.

Untuk kastard pula, masukkan semua bahan C kedalam periuk dan masak menggunakan api yang perlahan sehingga kastard tidak berketul. Bila kastard dah sejuk masukkan dalam piping bag untuk dihias pada cupcake kita. Caranya dengan menekan Nozel ke dalam cupcake dan 'inject' kastard tersebut. Lebih senang dilakukan ketika cupcake masih panas.

Hasil selepas di inject kastard didalam cupcake:)