Assalammualaikum...
Alhamdulillah hari ni selamat juga puasa saya dan semoga esok dapat berpuasa lagi. Petang tadi saya berbuka puasa dengan muffin sahaja. Muffin suam-suam panas dimakan bersama aiskrim memang terasa kenikmatannya dan ini pertama kali saya mencubanya. Lepas menikmati muffin bersama teh terasa kenyang sehingga sekarang. Tak tahu muffin itu yang mengenyangkan ataupun perut saya kecil sangat…hehe. Molten muffin ni saya buat semalam dan terpaksa panaskan balik agar muffin tersebut cair sedikit macam dalam gambar ni.

Nama sebenar muffin ni ialah Molten Chocolate
Lava Muffin. Kat bawah ni saya kongsikan resepinya. Resepi ni hasil carian saya
kat internet tetapi ada yang tertambah dan terkurang semasa proses mengadun
bahan.
BAHAN-BAHAN
120 coklat masakan (dipotong kecil-kecil
supaya mudah cair)
120 gm butter
1 sudu makan gula aising
2 biji telur
6 sudu besar tepung
1 sudu serbuk koko
Cara penyediaan
Panaskan oven 200C. cairkan coklat masakan
dan butter menggunakan oven/ double boiler. Apabila cair, gaul sehingga sebati.
Masukkan telur yang telah dipukul bersama gula aising (pukul guna Whisk sahaja
pun boleh) ke dalam adunan coklat dan akhir sekali masukkan adunan tepung dan
koko.
Tuang adunan ke dalam acuan muffin
(pastikan acuan telah disapu dengan butter dan ditabur dengan gula kastor ye).
Kemudiannya bakar pada suhu 170c selama 10-12 minit. Jangan terlebih bakar pula, nanti molten chocolate lava tak terhasil sebaliknya akan jadi seperti
muffin coklat biasa sahaja.
Nikmati Molten Muffin semasa panas bersama
aiskrim atau pun whipping cream. Mudah sangat nak buat muffin ni kan? tetapi untuk
adunan ni paling banyak boleh dapat dalam 5 biji je jadi kalu nak jumlah yang
banyak tu pandai-pandailah gandakan adunan tadi. Selamat mencuba dan menikmati
hasil anda.
No comments:
Post a Comment