Wednesday, 26 September 2012

Let's take a break :)

Hari nie saya tak nak berkongsi sebarang resepi muffin tapi ingin berkongsi cerita mengenai komik "Muffin Man Saves The world" yang menggunakan muffin sebagai wataknya :) Mungkin ada yang sudah pernah membaca komik ini tapi untuk sesiapa yang masih belum membaca jom kita baca sama-sama. Saya attachkan beberapa page awal komik ini di bawah. Untuk bacaan penuh, let's browse http://www.muffincomics.com/?cat=1 .

http://www.muffincomics.com/?p=169

http://www.muffincomics.com/?p=170
http://www.muffincomics.com/?p=180

Tuesday, 25 September 2012

Muffin Kelapa Pandan Vs Muffin Pisang : It's your ultimate choices :)




Asalammualaikum.....

Hari ini saya nak berkongsi cara untuk membuat muffin kelapa pandan. Muffin kelapa pandan yang saya attachkan sekali di atas ni merupakan salah satu muffin yang saya buat ketika majlis hari raya  sekolah di kampung saya. Walau bagaimanapun, kesibukan dan masalah internet menyebabkan saya terlambat sedikit meng-upload gambar serta entri ini. Sebenarnya muffin kelapa pandan ini ditempah oleh makcik saya sebagai sumbangan peribadi ketika majlis hari raya sekolah. Pada mulanya,  makcik saya ingin  menempah dua jenis muffin iaitu muffin coklat dan muffin kelapa pandan. Tetapi akhirnya menukar muffin coklat kepada muffin pisang coklat urai setelah dipengaruhi oleh anak dia (Amirul) . Saya hanya akan sertakan resepi muffin kelapa pandan sahaja dalam entri ini  kerana resepi muffin pisang saya sudah kongsikan dalam entri lepas. Untuk pengetahuan, gambar muffin pisang yang saya attach di bawah saya tambah dengan coklat rice. Selamat mencuba :)






Bahan- bahan untuk muffin kelapa pandan
500gm tepung kek
350ml santan
4 biji telur
300gm mentega
300gm gula kastor
100gm kelapa kering
10g serbuk penaik 
5g soda bikarbonat
1/2 sudu kecil pewarna hijau
1/2 sudu kecil perisa pandan



Cara membuat Muffin Kelapa Pandan

Pukul mentega dan gula kastor sehingga kembang. Kemudian, masukkan telur satu persatu dan pukul hingga ringan, masukan pewarna dan perisa pandan gaul sebati. Masukkan tepung kek yang telah diayak bersama serbuk penaik dan soda bikarbonat dan kelapa diselang selikan dengan santan. Adun sehingga sebati. Paipkan adunan ke dalam acuan muffin dan bakar pada suhu 180oc selama 30 minit (kalu suka bolehlah taburkan kelapa kering diatasnya kemudian baru dibakar). Sejukkan dan bolehlah hidangkan. Haruman kelapa kering bercampur pandan sangat menyelerakan. Untuk cawan muffin yang saya gunakan di ats beratnya ialah 40g dan berharga 60 sen sebiji. Tetapi jika  mengambil tempahan lebih dari 100 biji harganya ialah 50 sen sebiji. Sesiapa yang berminat bolehlah buat tempahan tapi setakat ini penghantaran hanya dibuat untuk kawasan-kawasan berdekatan sahaja.

 P/s: Hati-hati dengan suhu yang digunakan untuk membakar muffin, jika terlalu panas muffin akan melimpah. Semoga percubaan anda membuat muffin pandan menjadi dengan sempurna dan sedap :)

Thursday, 6 September 2012

Itu Ini Muffin :)

Muffin mungkin tidak sesohor cupcakes tapi ia tetap mempunyai penggemarnya sendiri. teksturnya lembut dan rasa yang manis menjadi daya tarikan sendiri untuk orang meminatinya. Muffin juga boleh dikategorikan sebagai quick bread kerana prosesnya yang lebih ringkas daripada membuat roti itu sendiri. Mungkin ada yang keliru antara dua jenis muffin ini; American-style muffin  dan English muffin. Untuk memudahkan perbandingan, American-style adalah seperti yang kita lihat di Kenny Rodger's dan English muffin selalu kita makan di McD semasa sarapan. Kenapa berbeza? Biasalah, Amerika dan British memang selalu tak nak sama dalam banyak perkara. Unit timbangan pun berbeza.

Satu lagi fakta yang boleh dikongsi, sejarah pembuatan muffin ini boleh dikatakan bermula pada abad 19 dan banyak ditemui dalam buku-buku resepi di Amerika. Dan bagi yang berasaskan yis (raji) pula, dikatakan telah ditemui dalam buku-buku resepi yang lebih lama lagi.

Sambil-sambil menulis ini juga, saya ada terbaca di wikipedia tentang muffin rasmi di Amerika. (Agaknya istimewa betul muffin ini bagi diorang sampai ada muffin rasmi macam Malaysia ada bunga kebangsaan) Muffin rasmi bagi negeri-negeri di Amerika:

  • Corn muffin bagi negeri Massachusetts
  • Blueberry muffin bagi negeri Minnesota
  • Apple muffin bagi New York
Jadi bagi yang ingin ke tempat-tempat berikut boleh lah saya nak tempah muffin ye. Rasanya sampai situ dulu lah coretan saya. kalau ada apa-apa fakta menarik bolehlah kita kongsi bersama.

American-style muffin. ( http://www.recipes4us.co.uk/)
English muffin. ( http://www.wildyeastblog.com/)

Saturday, 1 September 2012

Muffin Jambu Batu : It's always worth a try :)


Mungkin tidak ramai yang pernah dengar dan cuba muffin jambu batu tapi saya cadangkan supaya cuba resepi ni, walaupun prosesnya agak banyak tapi tak salah untuk mencuba kan? Bagi saya muffin jambu batu ni agak sedap kerana banyak menggunakan jambu batu yang segar ditambah pula dengan teksturnya yang lembut. Maka tidak hairan lah muffin ini merupakan muffin kegemaran Nani. Resepi muffin ni saya belajar dari salah satu kursus muffin yang pernah saya ikuti sebelum ini dan baru sahaja membuatnya untuk orang rumah tadi dan bertuahlah kawan adik (bibiey) yang kebetulan datang ke rumah kerana dapat merasa muffin ini.Jom kita tengok resepinya.

Bahan-bahan yang diperlukan
350gm Tepung Gandum
250gm mentega
250gm gula kastor
5 biji telur
2gm soda bikarbonat
200g jambu batu (dipotong dadu)
100ml air
1camca teh paste jambu batu ( kalau tak letak pun boleh juga)
200gm jambu batu (disagat dan digaul dengan sedikit pewarna hijau)

Cara nak buat :
Kisar buah jambu batu yang dipotong dadu dengan 100ml air kemudian tapis. Panaskan jambu batu yang dikisar tadi lebih kurang 15 minit (hingga jus jadi pekat) dan ketepikan sebentar. Pukul mentega dan gula hingga ringgan kemudian masukkan telur satu persatu, putar lagi sehingga menjadi krim. Masukkan pula jus jambu batu yang dipanaskan tadi dan pukul rata (saya letakkan sedikit pewarna hijau).

Campurkan adunan dengan tepung yang telah diayak bersama soda bikarbonat dan serbuk penaik (kalau suka) kemudian gaul sebati. Akhir sekali masukkan jambu batu yang disagat (kalau banyak sedikit pun tak ada masalah). 

Gambar jambu batu yang telah disagat saya attachkan sekali di bawah nie.


Sudukan adunan 3/4 penuh ke dalam cup muffin dan bakar selama 25-30minit pada suhu 170c. Muffin jambu batu boleh bertahan selama 3-4 hari. Berat bagi  saiz cup sederhana seperti yang saya gunakan dalam gambar di bawah adalah 75g. Cuba jangan tak cuba pula :)