Tuesday, 25 September 2012

Muffin Kelapa Pandan Vs Muffin Pisang : It's your ultimate choices :)




Asalammualaikum.....

Hari ini saya nak berkongsi cara untuk membuat muffin kelapa pandan. Muffin kelapa pandan yang saya attachkan sekali di atas ni merupakan salah satu muffin yang saya buat ketika majlis hari raya  sekolah di kampung saya. Walau bagaimanapun, kesibukan dan masalah internet menyebabkan saya terlambat sedikit meng-upload gambar serta entri ini. Sebenarnya muffin kelapa pandan ini ditempah oleh makcik saya sebagai sumbangan peribadi ketika majlis hari raya sekolah. Pada mulanya,  makcik saya ingin  menempah dua jenis muffin iaitu muffin coklat dan muffin kelapa pandan. Tetapi akhirnya menukar muffin coklat kepada muffin pisang coklat urai setelah dipengaruhi oleh anak dia (Amirul) . Saya hanya akan sertakan resepi muffin kelapa pandan sahaja dalam entri ini  kerana resepi muffin pisang saya sudah kongsikan dalam entri lepas. Untuk pengetahuan, gambar muffin pisang yang saya attach di bawah saya tambah dengan coklat rice. Selamat mencuba :)






Bahan- bahan untuk muffin kelapa pandan
500gm tepung kek
350ml santan
4 biji telur
300gm mentega
300gm gula kastor
100gm kelapa kering
10g serbuk penaik 
5g soda bikarbonat
1/2 sudu kecil pewarna hijau
1/2 sudu kecil perisa pandan



Cara membuat Muffin Kelapa Pandan

Pukul mentega dan gula kastor sehingga kembang. Kemudian, masukkan telur satu persatu dan pukul hingga ringan, masukan pewarna dan perisa pandan gaul sebati. Masukkan tepung kek yang telah diayak bersama serbuk penaik dan soda bikarbonat dan kelapa diselang selikan dengan santan. Adun sehingga sebati. Paipkan adunan ke dalam acuan muffin dan bakar pada suhu 180oc selama 30 minit (kalu suka bolehlah taburkan kelapa kering diatasnya kemudian baru dibakar). Sejukkan dan bolehlah hidangkan. Haruman kelapa kering bercampur pandan sangat menyelerakan. Untuk cawan muffin yang saya gunakan di ats beratnya ialah 40g dan berharga 60 sen sebiji. Tetapi jika  mengambil tempahan lebih dari 100 biji harganya ialah 50 sen sebiji. Sesiapa yang berminat bolehlah buat tempahan tapi setakat ini penghantaran hanya dibuat untuk kawasan-kawasan berdekatan sahaja.

 P/s: Hati-hati dengan suhu yang digunakan untuk membakar muffin, jika terlalu panas muffin akan melimpah. Semoga percubaan anda membuat muffin pandan menjadi dengan sempurna dan sedap :)

No comments:

Post a Comment