Saturday, 1 September 2012

Muffin Jambu Batu : It's always worth a try :)


Mungkin tidak ramai yang pernah dengar dan cuba muffin jambu batu tapi saya cadangkan supaya cuba resepi ni, walaupun prosesnya agak banyak tapi tak salah untuk mencuba kan? Bagi saya muffin jambu batu ni agak sedap kerana banyak menggunakan jambu batu yang segar ditambah pula dengan teksturnya yang lembut. Maka tidak hairan lah muffin ini merupakan muffin kegemaran Nani. Resepi muffin ni saya belajar dari salah satu kursus muffin yang pernah saya ikuti sebelum ini dan baru sahaja membuatnya untuk orang rumah tadi dan bertuahlah kawan adik (bibiey) yang kebetulan datang ke rumah kerana dapat merasa muffin ini.Jom kita tengok resepinya.

Bahan-bahan yang diperlukan
350gm Tepung Gandum
250gm mentega
250gm gula kastor
5 biji telur
2gm soda bikarbonat
200g jambu batu (dipotong dadu)
100ml air
1camca teh paste jambu batu ( kalau tak letak pun boleh juga)
200gm jambu batu (disagat dan digaul dengan sedikit pewarna hijau)

Cara nak buat :
Kisar buah jambu batu yang dipotong dadu dengan 100ml air kemudian tapis. Panaskan jambu batu yang dikisar tadi lebih kurang 15 minit (hingga jus jadi pekat) dan ketepikan sebentar. Pukul mentega dan gula hingga ringgan kemudian masukkan telur satu persatu, putar lagi sehingga menjadi krim. Masukkan pula jus jambu batu yang dipanaskan tadi dan pukul rata (saya letakkan sedikit pewarna hijau).

Campurkan adunan dengan tepung yang telah diayak bersama soda bikarbonat dan serbuk penaik (kalau suka) kemudian gaul sebati. Akhir sekali masukkan jambu batu yang disagat (kalau banyak sedikit pun tak ada masalah). 

Gambar jambu batu yang telah disagat saya attachkan sekali di bawah nie.


Sudukan adunan 3/4 penuh ke dalam cup muffin dan bakar selama 25-30minit pada suhu 170c. Muffin jambu batu boleh bertahan selama 3-4 hari. Berat bagi  saiz cup sederhana seperti yang saya gunakan dalam gambar di bawah adalah 75g. Cuba jangan tak cuba pula :)

 



No comments:

Post a Comment