Sunday, 29 December 2013

Black bottom cupcake:)

Assalammualaikum. Hari ini saya cuba merajinkan dan menyempatkan diri untuk berkongsi resepi baru. Kali ni kita buat black bottom cupcake pula ye. Bagi saya cupcake ini sangat mudah dan masa penyediaan pun tak sampai sejam. Jom kita lihat bahan-bahan dan cara penyediaannya yang sangat mudah.

225gm cream cheese (suhu bilik)
50gm gula
1 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanilla

Kesemua bahan diatas dicampurkan dalam satu adunan kemudiannya pukul sehingga sebati. Ketepikan dan kita sediakan pula bahan untuk cupcake coklat.

195gm tepung gandum
130gm gula kastor
30gm serbuk koko
1 sudu kecil baking soda
1/4 sudu garam

Ayak semua bahan kering diatas dan gaulkan sehingga sebati dengan menggunakan sudu. Ketepikan seketika.

240ml air
80ml minyak sayur/masak
10g cuka makan
1 sudu kecil esen vanilla.

Campurkan semua bahan basah diatas dan gaulkan sehingga sebati. Kemudiannya tuang bahan basah ke dalam adunan kering tadi dan gaul sehingga sebati tetapi jangan terlalu lama. Masukkan adunan cupcake coklat ke dalam cup sehinggalah adunan coklat habis. Kemudiannya sudukan adunan cheese didalam setiap cup yg diisi dengan adunan coklat tdi. Akhirnya bakar selama 25 minit dengan suhu 180c. Pastikan oven telah dipanaskan sebelum membakar cupcake ye..selamat mencuba.

Tuesday, 26 November 2013

Rumah Muffin Cupcake:-)

Assalmmualaikum...

Jom kita lihat apa yang ada di Rumah Muffin :-)


Red Velvet Cupcake
RM10/Box (4pc-Medium size)


Chocolate with cheese cupcake
RM10/box (9pc-small size)-Promotion

Vanilla cupcake with chocolate ganache(kids cupcake)
RM25/Box (16pc)

Snow Cheese Cupcake
RM12/Box(4pc-Medium Size)

Push Up Cake-(New)
RM2.50/pc

Inilah antara cupcake yang agak disukai pada masa kini dan yang terbaru di rumah muffin adalah push up cake. Kami akan menambah list cupcake dari semasa ke semasa begitu juga dengan produk-produk lain di rumah muffin. Sesiapa yang berminat untuk menempah atau nak bertanya apa-apa ataupun nak minta resepi mana-mana cupcake di atas jangan segan-segan bagitahu kami.

Wednesday, 13 November 2013

Molten Chocolate Lava Muffin :)

Assalammualaikum...

Alhamdulillah hari ni selamat juga puasa saya dan semoga esok dapat berpuasa lagi. Petang tadi saya berbuka puasa dengan muffin sahaja. Muffin suam-suam panas dimakan bersama aiskrim memang terasa kenikmatannya dan ini pertama kali saya mencubanya. Lepas menikmati muffin bersama teh terasa kenyang sehingga sekarang. Tak tahu muffin itu yang mengenyangkan ataupun perut saya kecil sangat…hehe. Molten muffin ni saya buat semalam dan terpaksa panaskan balik agar muffin tersebut cair sedikit macam dalam gambar ni.

                             



Nama sebenar muffin ni ialah Molten Chocolate Lava Muffin. Kat bawah ni saya kongsikan resepinya. Resepi ni hasil carian saya kat internet tetapi ada yang tertambah dan terkurang semasa proses mengadun bahan.

BAHAN-BAHAN
120 coklat masakan (dipotong kecil-kecil supaya mudah cair)
120 gm butter
1 sudu makan gula aising
2 biji telur
6 sudu besar tepung
1 sudu serbuk koko

Cara penyediaan
Panaskan oven 200C. cairkan coklat masakan dan butter menggunakan oven/ double boiler. Apabila cair, gaul sehingga sebati. Masukkan telur yang telah dipukul bersama gula aising (pukul guna Whisk sahaja pun boleh) ke dalam adunan coklat dan akhir sekali masukkan adunan tepung dan koko.
Tuang adunan ke dalam acuan muffin (pastikan acuan telah disapu dengan butter dan ditabur dengan gula kastor ye). Kemudiannya bakar pada suhu 170c selama 10-12 minit. Jangan terlebih bakar pula, nanti molten chocolate lava tak terhasil sebaliknya akan jadi seperti muffin coklat biasa sahaja.

Nikmati Molten Muffin semasa panas bersama aiskrim atau pun whipping cream. Mudah sangat nak buat muffin ni kan? tetapi untuk adunan ni paling banyak boleh dapat dalam 5 biji je jadi kalu nak jumlah yang banyak tu pandai-pandailah gandakan adunan tadi. Selamat mencuba dan menikmati hasil anda.

Saturday, 9 November 2013

Hokkaido Chiffon Cupcake:)

Asslammualaikum semua....

Alhamdulillah hari ini saya berkesempatan untuk update blog ni. Rasa-rasanya sekarang ni ramai yang tengah bersantai kat rumah bersama famili masing-masing ataupun kuar bersiar-siar dengan keluarga tercinta dan mungkin ada yang tengah sibuk bekerja. Tak kisahlah apa-apa pun aktiviti yang kita buat yang penting kita tidak terleka dari melakukan semua tanggungjawab kita sebagai manusia lebih-lebih lagi sebagai hambaNya.

Menarik untuk saya kongsi hari ini adalah resepi hokkaido chiffon cupcake yang saya buat malam semalam. Kalau ikut pada nama cupcake ni macam cupcake dari Jepun je kn? Tapi saya pun tak pasti dari mana cupcake ni datang cuma yang saya pasti cupcake ni sedap dan semua pengemar cupcake tu kenalah cuba:)
Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti dibawah.




Bahan A
  • 3 biji kuning telur
  • 20g gula kastor
  • 35g minyak jagung
  • 60ml susu segar
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 15g tepung jagung/tepung kastad 
  • 55g tepung gandum + 1sudu teh serbuk penaik
  • secubit garam

Bahan B
  • 3 biji putih telur
  • 30g gula kastor
  • 1/2 sudu kecil cream of tartar - optional

Bahan C
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung kastad
  • 4 sudu besar gula
  • 200ml  susu segar
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar mentega

Ha, mesti ada yang merungut bila nampak bahan yang macam banyak je ni kan...hehe.. tak payahlah risau, jom kita buat step by step. Mula-mula sekali kita asingka kuning dan putih telur. Masukkan gula kastor kedalam kuning telur dan putar sampai berkrim. Kemudiannya kita masukkan pula esen vanilla, minyak jagung dan susu segar (bahan-bahan ni campur dalam satu bekas untuk memudahkan kita dan tak perlu guna bekas yang banyak). Bila dah sebati tu masukkan pula tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik dan garam.

Sekarang Bahan B pula. senang sahaja, just campurkan semua bahan kemudian putar sehingga bertanduk. Ambil sedikit adunan B tadi dan masukkan kedalam adunan A dan kaup terbalikkan sampai sebati selepas tu barula masukkan lebihan adunan B tadi sehingga habis dan gaul sebati. Masukkan adunan kedalam cawan muffin tapi jangan terlalu penuh pula. Bakar pada suhu 170 (pastikan oven telah dipanaskan sebelum proses membakar) selama 20 minit atau sehingga masak. Hasil dalam 11 biji jika guna cawan muffin yang kecil tapi kalu nak cantik gunalah cup muffin yang lebih besar sebab cupcake ni akan mendap sedikit apabila sejuk.

Untuk kastard pula, masukkan semua bahan C kedalam periuk dan masak menggunakan api yang perlahan sehingga kastard tidak berketul. Bila kastard dah sejuk masukkan dalam piping bag untuk dihias pada cupcake kita. Caranya dengan menekan Nozel ke dalam cupcake dan 'inject' kastard tersebut. Lebih senang dilakukan ketika cupcake masih panas.

Hasil selepas di inject kastard didalam cupcake:)

Monday, 4 November 2013

Marble banana cake:-)

Assalammualaikum.. Jom kongsi resepi lagi. sebenarnya saya tak tahu apa nama pisang yang makcik saya bagi ni tapi kalau kat sabah kitaorang panggil pisang siau-siau. 'siau-siau' ni dalam bahasa dusun dan kalau translate ke bahasa malaysia bermaksud laju-laju ;-) Tapi tak Kisahlah apa-apa pun nama pisang ni yang penting saya selalu juga guna pisang ni untuk buat muffin.

okaylah kita kongsi resepinya pula

360gm tepung gandum
300gm gula kastor
400gm pisang
240gm minyak masak/ jagung
5biji telur
2 sudu makan ovellate
sedikit garam
sedikit esen vanila/ esen pisang
4 sudu besar susu segar/cair (santan pun boleh guna)
2 sudu besar serbuk koko

Campurkan semua bahan kecuali serbuk koko. gaul sebati mengunakan mixer sehingga semuanya sebati (guna whisk pun boleh). kemudiannya bahagikan kepada dua bahagian. satu adunan di tambah dengan serbuk koko dan sekiranya adunan agak kental tambahkan sedikit air. kemudiannya tuang adunan biasa ke dalam acuan yang telah digris dengan sedikit mentega kemudian lapis dengan adunan yang dicampur dengan koko. ulang proses sehinggalah adunan habis. akhir sekali bakar pada suhu 170c sehinggalah masak.  Inilah kek yang paling senang nk buat cuma masa buat tadi saya terlupa nak letak ovellate tapi apa-apa pun masih sedap dimakan dan rasa macam tak cukup plak kalu ramai budak-budak kuat makan kat rumah ni.




                                       yang ni saya makan untuk minum petang.


Semanis Muffin

Semanis muffin
Manis lagi senyum si dia
Sambil ketawa bersama keluarga
Menikmati muffin di waktu sore
Itulah lambang keluarga bahagia

Semanis muffin
Manis lagi akhlak si dia
Duduk bersimpuh menunduk malu
Bicara santun bersulam nasihat
Itulah cerminan gadis muslimah

Semanis muffin
Manis lagi kenangan semalam
Saat kita bersama berusaha
Menimba ilmu membina iman
Itulah ibarat pemuda Islam

Semanis muffin
Manis lagi tutur katamu
Hanya ingatan tulus nan ikhlas
Mengajar cucunda agak berjihad
Itulah si tua penuh berilmu

Semanis muffin
Manis lagi tuan hamba yang membaca
Sekuntum senyuman hamba dambakan
Agar kita selamanya bersahabat

Wednesday, 1 May 2013

Try Muffin Serunding. Its different :)

Resepi Mufin Serunding Daging

Bahan-Bahan

500g Tepung Gandum/ Tepung Roti
170g Mentega
270g Gula kastor
300ml Susu Segar
5 biji telur
sedikit esen vanilla
100g serunding ayam/daging
10g serbuk penaik

Cara untuk membuat muffin serunding. Mula-mula putar mentega bersama gula kastor hingga putih kemudian masukkan telur satu persatu sambil terus memukul adunan. tambahkan sedikit esen vanilla. Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik berselang seli dengan susu segar sehinggalah habis. Akhir sekali masukkan serunding dan kaup terbalikkan adunan hingga sebati. Paipkan adunan yang ke dalam cawan muffin dan bakar pada suhu 170c selama 20minit.

Sesiapa yang ingin merasa muffin yang berbeza dari muffin yang biasa kita makan bolehlah cuba. Senang jak bah ni. Selamat mencuba.


Sunday, 21 April 2013

Crepe 3 Rasa ; CREPES not Crap :)

Hari ni saya nak buka cerita pasal crepe pula. Ramai yang sudah mencuba resepi ini sebab crepe ni sangat sangat senang nak buat. Untuk rujukan diri sendiri dan seiapa yang berminat saya kongsikan resepi 3 rasa ini di bawah.

Antara bahan yang diperlukan adalah:

  • 1. 100gm Tepung gandum
  • 2. 100gm tepung ubi
  • 3. 50gm tepung jagung
  • 4. 50gm tepung kastard
  • 5. 200ml susu cair
  • 6. 600ml air biasa
  • 7. 4 biji telur
  • 8. 5 sudu besar gula halus
  • 9. 5 sudu besar Minyak masak
  • 10. sedikit esen vanilla
  • 11. sedikit pewarna kuning


Bahan-bahan untuk membuat crepe ni agak banyak tapi cara membuatnya terlalu senang. Campurkan semua bahan-bahan di atas dan gaul sebati dengan menggunakan whisk kemudian tapis adunan dan bolehlah mula masak. Dengan menggunakan non stick pan yang disapu sedikit mentega sudukan sedikit adunan. Jangan tebal sangat nanti xsedap dan mudah pecah. Apabila masak tak perlu diterbalikkan, angkat dan ulang proses yang sama sehingga adunan habis.

Bahagian Fillingnya pula adalah whipping cream yang diputar sehingga kental dan terpulang kepada citarasa masing-masing nak letak apa nak letak durian ke, jagung ke, oreo ke. Caranya ambil sekeping adunan yang dimasak tadi letakkan whipping cream, lapis dengan durian, jagung atau oreo kemudian tutup dengan whipping cream. Balut crepe dengan kemas dan apabila siap bolehlah disimpan dalam peti sejuk sebelum dimakan.

Setakat ini saya telah menghasilkan tiga jenis crepe iaitu crepe jagung, coklat dan oreo. Crepe durian pula saya belum berkesempatan untuk membuatnya. Secara peribadi crepe ni sebenarnya biasa sahaja, tetapi ada juga kawan-kawan yang kata sedap jadi sesiapa yang belum rasa crepe ni bolehlah cuba sendiri. Lain orang lain citarasa kan.

Pavlova : It's TRENDING now :)

Assalammualaikum...

Million apologies for not making any posts lately and thanks for those who have been patiently waiting (if any) to my next posts. BIG THANKS dear :)

As for 2013, saya mulakan dengan resepi Mini Pavlova. Ramai yang share resipi ni kat FB dan dari feedback yang saya nampak ramai yang suka dengan rasa dan teksturnya yang lembut. Adik saya juga agak curious untuk mencubanya sendiri dan mendorong saya untuk membuatnya. Resepi yang saya kongsikan ini, saya ambil dari buku resepi makcik saya dan kebanyakan blogger juga update resepi yang sama.

Alhamdulilah untuk cubaan pertama, pavlova saya menjadi.  Cara dan prosesnya agak senang malah masa yang diambil untuk menyediakannya  tidak terlalu lama cuma masa untuk membakar sahaja yang mengambil masa sedikit. Mungkin kosnya agak banyak  tetapi ia agak berbaloi. Pavlova ini akan menjadi lebih sedap sekiranya disimpan dalam peti sejuk semalaman. 

Bahan-bahan yang diperlukan:

  •  4 biji putih telur
  •  150gm gula halus
  •  1 sudu besar tepung jagung
  •  1/2 sudu kecil esen vanila
  •  1/2 sudu cuka makan

Mula-mula putar putih telur tu sehingga putih dan gebu . Masukkan gula dan pukul hingga gula tersebut betul-betul sebati. Masukkan tepung jagung dan putar lebih kurang 3 minit selepas itu barulah masukkan esen vanilla dan cuka makan. Kaup terbalikkan sehinggalah sebati. Akhir sekali bolehlah paipkan atas dulang pembakar yang telah dilapis dengan kertas minyak. A4 paper pun boleh juga. nak letak dalam cawan muffin macam yang saya buat pun boleh tapi janganlah isi terlalu penuh. bakar pada suhu 150c selama 50 minit dan ababila masak biarkan dalam oven sehingga panas oven berkurangan.

Bahan-bahan untuk topping pula:

  •  250ml whipping cream
  •  1/2 sudu vanilla
  •  buah-buahan segar

Pukul cream hingga kental dan masukkan esen vanilla. Bagi sesiapa yang suka manis boleh tambah sedikit gula aising. Kemudian hias atas Meringue (yang dibakar tadi).  Hias Povlova menggunakan kreativiti sendiri.As for me, saya hiaskan pavlova seperti gambar di bawah ini.