Thursday, 30 August 2012

Jom Buat Muffin Nenas :)



BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN

500gm buah nenas-dihiris kecil ( guna nenas dalam tin)
360gm Tepung naik sendiri (diayak)
150gm gula kastor
250ml minyak sayuran (saya guna minyak masak)
4 biji telur
Sedikit pewarna kuning telur
Secubit garam
Sedikit serbuk penaik ( tak guna pun tak apa)


Bahan-bahan untuk membuat mufin nenas ini sudah pun saya senaraikan  di atas.Untuk pengetahuan semua, saya baru saja membuat muffin ini semalam dengan adik saya (Nani). Maklumlah sudah hampir sebulan tak buat muffin disebabkan kesibukan kami menyiapkan tempahan biskut raya, tu yang  tiba-tiba terasa rindu pula nak buat muffin tu. Jom kita start buat muffin sama-sama and no worries nak buat muffin ni tak perlukan masa yang banyak pun. 


Mula-mula sekali masukkan gula dan garam ke dalam adunan tepung. Campurkan minyak sayuran dengan telur yang telah dipukul sedikit kemudian tambahkan sedikit pewarna kuning. Setelah sebati campurkan ke dalam adunan tepung dan gaul sebati. Akhir sekali sudukan muffin ke dalam cup muffin dan masak selama 15 minit dengan suhu 170c (panaskan oven terebih dahulu ). Selamat mencuba :)








Corat Coret Ramadhan 2012 :)


Sudah seminggu lebih kita tinggalkan ramadhan dan semoga segala amal ibadah yang kita lakukan sepanjang bulan ramadan lepas diterima Allah SWT. Aamiin :) Mudah-mudahan roh ramadhan akan terus bersama kita di bulan-bulan yang lain serta amal ibadah kita juga berterusan walaupun kita bukan lagi berada di bulan ramadhan.  Ramadhan tahun ini seperti juga ramadhan tahun-tahun yang lepas, saya mengambil tempahan tetapi bukan tempahan muffin sebaliknya tempahan biskut raya. 

Walaupun tahun ni tiada plan untuk mengambil sebarang tempahan dan membuat promosi seperti tahun-tahun lepas tetapi ramai juga kawan ( pelanggan tetap) ingin menempah biskut raya. Maka, disebabkan ada yang menempah akhirnya dengan ikhlas hati saya menerima juga tempahan daripada mereka. Tetapi betul lah orang cakap rezeki memang murah dibulan ramadan. Tempahan yang sedikit pada mulanya menjadi banyak secara tiba-tiba :) Kalau nak ikutkan mood  pada ramadhan tahun ini, terfikir juga untuk menolak tempahan tapi disebabkan saya ada pembantu yang rajin dan yakin mampu untuk menyiapkan semua tempahan tu maka terambil juga semua tempahan yang diterima :). Alhamdulliah semua tempahan siap pada akhir minggu ketiga puasa.

Untuk tahun ini saya hanya tawarkan 11 jenis biskut kepada pelanggan (tart nanas, biskut susu, biskut ulat bulu, biskut coklat berganda, biskut strawberi salju, biskut almond landon, biskut coklat rocker, biskut coklat cornflakes, kuih batang buruk, kuih makmur, dan cornflakes madu) . Tapi untuk entri ini saya tak sempat nak upload semua gambar biskut tersebut. Insyallah, next time saya akan  kongsi resepi biskut  dengan gambar-gambarnya sekali.





Terima kasih kepada pembantu-pembantu saya (adik-adik kesayangan saya). Terima kasih juga kepada semua yang ambil tempahan daripada saya, terutama sekali En. Sahidih dan Kak Raha yang membantu mempromosikan biskut raya saya kepada semua pekerja di bahagian keselamatan Universiti Malaysia Sabah. Begitu juga dengan kawan- kawan saya, saudara-sadara saya dan juga orang yang paling banyak sokong saya tu (Mr.S) . Tahun depan jangan lupa buat tempahan lagi :)






Cubaan Pertama :)


Kalau nak tahu cubaan pertama saya adalah muffin pisang. Mufin nie senang dan ringkas nak buat. Bahan-bahan yang dugunakan juga sangat ringkas dan mudah didapti di mana-mana. Terus terang, saya memang suka dengan muffin pisang ni so siapa-siapa yamg belum pernah cuba  dan terfikir nak  rasa air tangan sendiri, saya cadangkan muffin pisang nie untuk cubaan pertama. Mesti puas hati lepas dah cuba. Di sini saya sertakan sekali resepi Mufin Pisang yang saya selalu buat.

Mula-mula sediakan bahan A ( kesemua bahan  ni diayak sekali)
280gm tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
½ sudu kecil soda bikarbonat

Bahan B (semua bahan ni digaul sebati)
400g pisang(dilenyek)
150g gula kastor (saya guna gula perang)
Secubit garam

Bahan C (campur semua bahan dan gaul hingga sebati)
200g minyak masak
3 biji telur (dipukul sedikit bersama 1sudu kecil esen vanilla kemudian tapis)
50g susu cair (saya suka guna santan tapi susu segar pun best juga)
50g air

Bila semua bahan sudah disediakan masukkan bahan C ke dalam bahan B. kemudiannya masukkan bahan A sedikit demi sedikit sambil kacau sehingga semuanya sebati. Masukkan dalam cawan kertas muffin.  Bakar selama 25 minit atau sehingga kekuningan dengan suhu 180c ( pastikan oven telah dipanaskan terlebih dahulu)

Senang kan? Selamat mencuba :)



Tuesday, 28 August 2012

My Muffin Story :)


Macam mana ko pandai buat muffin ayu?

Soalan di atas ni lah yang selalu ditanya oleh kawan-kawan, orang-orang kampung dan beberapa pelanggan yang membuat tempahan dengan saya. Mereka yang kenal saya tahu yang saya belajar keusahawanan tetapi belajar membuat mufin bukanlah salah satu subjek yang saya ambil semasa di universiti :). Bila terlalu lama menjadi penganggur terpaksalah cari aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Selama beberapa tahun saya menganggur saya banyak mengisi masa dengan mengikuti kursus-kursus singkat membuat muffin yang dianjurkan oleh pelbagai agensi terutamanya di bawah Jabatan Pertanian (unit industri asas tani). 

Malahan bukan muffin sahaja tetapi produk lain juga antaranya membuat mee kuning, mee laksa, buat tauhu, susu kacang, tart telur dan banyak lagi la. (sesiapa yang berminat nak tahu macam mana nak buat tu rajin-rajinlah singgah blog RM).

Nak buat muffin ni tak susah mana pun, yang penting kena rajin cuba dan kalau dah tahu asas nak buat muffin insyallah bolehlah pelbagaikan lagi rasa dan warna muffin tu. Kalau pertama kali buat tak jadi janganlah putus asa mungkin muffin tu tak serasi lagi dengan oven yang kita gunakan jadi kita kenalah pandai kontrol semua alat yang kita gunakan supaya muffin menjadi dan nampak cantik. 

Write with Passion :)


Asalammualaikum WBT…. Saya pun tak tahu nak tulis apa untuk post pertama Rumah Mufin. Rasa segan sangat nak tulis kat dalam blog ni tapi apa-apa pun saya nak ucapkan selamat datang dan terima kasih kepada sesiapa yang singgah atau tersinggah ke Rumah Mufin (RM) ni ye .


Sebenarnya blog RM ni dibuat bukanlah bertujuan untuk mempromosikan muffin semata-mata tetapi juga sebagai tempat untuk berkongsi atau meminta pandangan/ nasihat/ cadangan/resepi daripada mereka yang lebih senior dan berpengalaman daripada saya pasal blog, muffin atau produk lain yang dihasilkan oleh RM. Insyallah saya akan sentiasa meng-update aktiviti-aktiviti RM ni sekiranya ada kesempatan.

*tetiba ada plak idea nk ceta untuk entri seterusnya :-)*