Sudah seminggu lebih kita tinggalkan ramadhan dan semoga segala amal ibadah yang kita lakukan sepanjang bulan ramadan lepas diterima Allah SWT. Aamiin :) Mudah-mudahan roh ramadhan akan terus bersama kita di bulan-bulan yang lain serta amal ibadah kita juga berterusan walaupun kita bukan lagi berada di bulan ramadhan. Ramadhan tahun ini seperti juga ramadhan tahun-tahun yang lepas, saya mengambil tempahan tetapi bukan tempahan muffin sebaliknya tempahan biskut raya.
Walaupun tahun ni tiada plan untuk mengambil sebarang tempahan dan membuat promosi seperti tahun-tahun lepas tetapi ramai juga kawan ( pelanggan tetap) ingin menempah biskut raya. Maka, disebabkan ada yang menempah akhirnya dengan ikhlas hati saya menerima juga tempahan daripada mereka. Tetapi betul lah orang cakap rezeki memang murah dibulan ramadan. Tempahan yang sedikit pada mulanya menjadi banyak secara tiba-tiba :) Kalau nak ikutkan mood pada ramadhan tahun ini, terfikir juga untuk menolak tempahan tapi disebabkan saya ada pembantu yang rajin dan yakin mampu untuk menyiapkan semua tempahan tu maka terambil juga semua tempahan yang diterima :). Alhamdulliah semua tempahan siap pada akhir minggu ketiga puasa.
Untuk tahun ini saya hanya tawarkan 11 jenis biskut kepada pelanggan (tart nanas, biskut susu, biskut ulat bulu, biskut coklat berganda, biskut strawberi salju, biskut almond landon, biskut coklat rocker, biskut coklat cornflakes, kuih batang buruk, kuih makmur, dan cornflakes madu) . Tapi untuk entri ini saya tak sempat nak upload semua gambar biskut tersebut. Insyallah, next time saya akan kongsi resepi biskut dengan gambar-gambarnya sekali.
Terima kasih kepada pembantu-pembantu saya (adik-adik kesayangan saya). Terima kasih juga kepada semua yang ambil tempahan daripada saya, terutama sekali En. Sahidih dan Kak Raha yang membantu mempromosikan biskut raya saya kepada semua pekerja di bahagian keselamatan Universiti Malaysia Sabah. Begitu juga dengan kawan- kawan saya, saudara-sadara saya dan juga orang yang paling banyak sokong saya tu (Mr.S) . Tahun depan jangan lupa buat tempahan lagi :)
No comments:
Post a Comment