Friday, 26 October 2012

KUIH TRADISIONAL : Tiada Lama Tiada Yang Baru :)


Beberapa bulan yang lepas saya telah mengikuti lawatan ke kilang pemprosesan kuih tradisional di kawasan Papar, Kota Kinabalu. Lawatan tersebut adalah anjuran Jabatan Pertanian Tuaran dengan kerjasama Jabatan Pertanian daerah Papar. Di bawah ni ada beberapa gambar yang sempat saya ambil semasa lawatan tersebut. siapa tahu selepas melihat gambar-gambar ini ada yang berminat untuk mengikut jejak pengusaha kuih tradisional yang semakin mendapat tempat dikalangan masyarakat di merata tempat.  Kuih tradisional ini sebenarnya sudah pun mendapat tempat dihati pengemar kuih tradisional bukan sahaja di kawasan Papar tetapi juga di seluruh sabah,  semenanjung Malaysia dan telah pun memasuki pasaran luar seperti di Negara Brunei dan singapura malah ada yang pernah menyertai expo ke Beijing China. 

Walaupun pengusaha-pengusaha ini bermula daripada seorang peniaga kecil- kecilan dan ada yang melalukannya atas sebab ‘suka-suka’ tetapi akhirnya kini mereka bergelar usahawan kuih tradisional. Semuanya adalah disebabkan usaha mereka serta bantuan dari pelbagai  jabatan dan  agensi  agar pengusaha-pengusaha kecil ini terus berkembang dan bertambah maju. Pengusaha kuih tradisional ini dahulunya sama seperti kami yang berada di bawah pantauan jabatan pertanian tetapi kini mereka mampu untuk berdiri sendiri dengan perniagaan yang mereka jalankan. Semoga kejayaan mereka ini akan memberikan inpirasi kepada semua peniaga kecil yang datang membuat lawatan pada hari tersebut.

Gambar di atas ni adalah tempat dimana pemprosesan kuih cincin, kuih lidah dan kerepek pisang Heera enterprise dilakukan. Gambar pertama ni yang dihidangkan kepada kami, saya tak lepaskan peluang mencuba kuih cincin yang baru siap di goreng tetapi saya lebih suka makan yang berwarna perang iaitu sebelum disalut dengan tepung.

 Pekerja-pekerja mereka tengah sibuk menyiapkan kerja masing-masing. Mereka mempunyai mesin yang banyak untuk membantu mereka membuat kerja dengan lebih efisien.
Gambar kuih cincin yang sudah siap digoreng dan sedia untuk dibungkus oleh pekerja.

    

Sibuk membeli kuih cincin untuk dibawa balik dan ada juga yang membeli secara pukal untuk dijual balik kepada pelanggan mereka pula.


Yang ini pula antara bungkusan yang digunakan oleh heera enterprise. Untuk pengetahuan semua heera enterprise ni pernah disiarkan dalam 1 kampung 1 industri melalui siaran RTM.



Gambar-gambar ni pula saya ambil semasa melawat tempat kumpulan wanita tani memproses kuih lidah di kg. Berundong, Papar. Kumpulan wanita tani tengah sibuk membungkus kuih lidah dan kami dimaklumkan semua kuih lidah yang mereka bungkus telah pun di tempah pelanggan.



Produk yang telah siap di bungkus berserta dengan labelnya sekali.

Produk ni pula umpama pisang goreng panas kerana pengeluarannya yang terhad walaupun banyak perisa yang ditawarkan.  So, First come first serve. Antara perisa kuih lidah yang ditawarkan ialah perisa susu, vanilla, strawberi, kacang hijau dan coklat. Saya hanya sempat membeli perisa susu dan coklat yang memang sedap rasanya.

Ini pula antara bungkusan yang mereka gunakan.
       
Menurut saya, hasil produk mereka bukan sahaja sedap malahan semangat kerja mereka juga harus dipuji kerana mereka amat menitikberatkan soal kebersihan. saya selaku pengusaha di bawah jabatan pertanian turut berbangga dengan kejayaan pengusaha wanita dalam bidang perniagaan, tahniah dan syabas kepada mereka. 

Irresistible Chocolate Muffin : For a quick, satisfying breakfast or an after dinner treat :)


Hari ini saya nak kongsi resepi muffin coklat dan semua gambar yang saya attachkan merupakan muffin coklat yang dibuat oleh adik saya ( Bibiey) .  Walaupun sudah agak expert tetapi dia masih kurang berkeyakinan dan masih banyak bertanya. Semua muffin yang dibuat sebenarnya untuk kawan-kawan dia sendiri dan dia tidak mengenakan sebarang bayaran kerana kuantiti yang sedikit. Dia selalunya agak malas untuk membuat muffin yang ditempah oleh pelanggan. 

Rasanya ramai yang suka makan makanan yang berasaskan coklat kan? Pada pendapat saya, muffin coklat sememangnya sedap terutamanya apabila dihidang pada waktu minum petang. Tetapi, saya dan adik-adik pula lebih suka memakan muffin ini ketika sarapan. Pendapat adik saya  pula,  muffin coklat ini agak 'heavy' dan sebiji muffin sudah cukup mengenyangkan . Tetapi sebenarnya terpulang dengan citarasa setiap individu dan sesiapa yang suka makanan yang berasakan coklat mungkin boleh mencuba muffin coklat ni. 

Bahan- bahan untuk  Muffin coklat.

Bahan A
60g serbuk koko
180g gula kastor
125 ml air

Bahan B
30g gula kastor
125g mentega
125g tepung naik sendiri
3 biji
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara membuat muffin coklat

Campurkan kesemua bahan A dan dengan menggunakan kaedah double boiler, kacau semua bahan sehingga larut dan menjadi agak pekat.

Pukul mentega dengan gula sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi. kemudiannya masukkan esen vanilla.

Masukkan adunan A, tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan kacau rata. Sudukan adunan ke dalam kertas muffin dan bakar pada suhu 160c selama 30 minit atau sehingga masak.

Untuk adunan ini hanya menghasilkan 8-10 biji muffin bagi cup muffin yang bersaiz sederhana. Sesiapa yang buat dalam kuantiti yang banyak bolehlah gandakan sukatan adunan. 



POPIA GULUNG


Mesti ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya popia gulung ni kan? Popia Gulung merupakan nama komersial yang saya gunakan untuk menggantikan batang buruk. Nama popia gulung ini saya mula gunakan apabila saya menghantar sampel batang buruk  ke makmal untuk mendapatkan maklumat pemakanan. Untuk pengetahuan, semua produk yang kita hasilkan untuk tujuan perniagaan haruslah mempunyai maklumat pemakanan sebagai rujukan pengguna dalam pengambilan sesuatu makanan.  Kepada sesiapa yang tinggal di kawasan berhampiran Kota Kinabalu dan berminat untuk mendapatkan maklumat pemakanan mereka bolehlah menghantar sampel produk mereka ke Chemsain Konsultant Snd Bhd di Jalan Kolombong Kota kinabalu sabah.dengan bayaran rm189. Hasil makmal akan diperolehi kurang daripada 3 minggu.

Saya menbuat popia gulung  ini dalam bungkusan kecil dan besar. Bagi bungkusan yang  kecil harganya RM2/90g dan RM20/1kg bagi bungkusan tang besar. Setakat ini hanya terdapat dua perisa yang  saya tawarkan iaitu susu dan coklat.  Perisa coklat ini baru sahaja saya hasilkan beberapa bulan lepas dan sambutannya agak mengalakkan. Selepas ini saya mungkin akan hasilkan beberapa lagi perisa baru. Untuk bungkusannya, saya hanya menggunakan plastik biasa kerana masih belum mempunyai pembungkus sendiri. Sesiapa yang berminat dengan produk ini, mereka boleh menghubungi saya atau membuat tempahan pada bila-bila masa sahaja. Tetapi penghantaran hanya akan ditawarkan untuk mereka yang mengambil tempahan secara banyak dan berada di kawasan yang berhampiran dengan kawasan Tamparuli.







Wednesday, 17 October 2012

KEK BATIK : YUMMY OR LAME ?


Kalau nak tahu saya suka sangat makan kek batik tapi bila compare dengan abang saya rupanya saya masih tak boleh lawan kuantiti kek batik yang dia makan. Tapi tidak semestinya kalu kita suka makanan tu kita kena makan dengan banyak bah kan :) 

Bulan puasa dan raya tahun ni sahaja saya telah membuat kek batik sebanyak 16 KG ( 5KG untuk rumah sendiri, 3 KG untuk moreh di surau, 3 KG untuk ustaz di kampung saya dan 5 KG lagi tempahan dari pelanggan) Sebenarnya seronok buat kek batik ni sebab prosesnya mudah. Cuba cari kat google mesti ada macam-macam cara nak buat kek batik ni. Tapi selalunya saya guna resepi di bawah ni bila nak buat dalam kuantiti yang banyak.

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN


600gm biskut merrie
6 biji telur ( saya guna 6 biji jika buat double so boleh kurangkan kalau tak suka telur)
340gm mentega
1 cawan milo
½ cawan nestum (letak banyak pun boleh)
3 sudu besar serbuk koko
1 tin susu pekat ( kalau tak suka manis boleh kurangkan)
1 cawan air panas

Bila semua bahan sudah disediakan barulah kita boleh buat kek batik. Biskut tu kita kena bahagikan kepada  2 atau 3 bahagian kemudian ketepikan. Bancuh milo, nestum, serbuk koko dan susu pekat dengan air panas sehingga semua sebati.  Masukkan telur, mentega dan panaskan atas api yang perlahan. Kacau sehingga pekat (pastikan betul-betul dah pekat supaya kek batik menjadi lebih sempurna). Kemudian, tuangkan atas biskut tadi dan gaul sehingga rata. Masukkan adunan tersebut ke dalam loyang yang telah dilapis dengan plastik. Tekan hingga padat dan simpan dalam peti sejuk. Apabila kek batik dah keras bolehlah dipotong dan dihidangkan.