Hari ini saya nak kongsi resepi muffin coklat dan semua gambar yang saya attachkan merupakan muffin coklat yang dibuat oleh adik saya ( Bibiey) . Walaupun sudah agak expert tetapi dia masih kurang berkeyakinan dan masih banyak bertanya. Semua muffin yang dibuat sebenarnya untuk kawan-kawan dia sendiri dan dia tidak mengenakan sebarang bayaran kerana kuantiti yang sedikit. Dia selalunya agak malas untuk membuat muffin yang ditempah oleh pelanggan.
Rasanya ramai yang suka makan makanan yang berasaskan coklat kan? Pada pendapat saya, muffin coklat sememangnya sedap terutamanya apabila dihidang pada waktu minum petang. Tetapi, saya dan adik-adik pula lebih suka memakan muffin ini ketika sarapan. Pendapat adik saya pula, muffin coklat ini agak 'heavy' dan sebiji muffin sudah cukup mengenyangkan . Tetapi sebenarnya terpulang dengan citarasa setiap individu dan sesiapa yang suka makanan yang berasakan coklat mungkin boleh mencuba muffin coklat ni.
Bahan- bahan untuk Muffin coklat.
Bahan A
60g serbuk koko
180g gula kastor
125 ml air
Bahan B
30g gula kastor
125g mentega
125g tepung naik sendiri
3 biji
1/2 sudu teh esen vanilla
Campurkan kesemua bahan A dan dengan menggunakan kaedah double boiler, kacau semua bahan sehingga larut dan menjadi agak pekat.
Pukul mentega dengan gula sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi. kemudiannya masukkan esen vanilla.
Masukkan adunan A, tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan kacau rata. Sudukan adunan ke dalam kertas muffin dan bakar pada suhu 160c selama 30 minit atau sehingga masak.
Untuk adunan ini hanya menghasilkan 8-10 biji muffin bagi cup muffin yang bersaiz sederhana. Sesiapa yang buat dalam kuantiti yang banyak bolehlah gandakan sukatan adunan.
No comments:
Post a Comment