Beberapa bulan yang lepas saya telah mengikuti lawatan ke kilang pemprosesan kuih tradisional di kawasan Papar, Kota Kinabalu. Lawatan tersebut adalah anjuran Jabatan Pertanian Tuaran dengan kerjasama Jabatan Pertanian daerah Papar. Di bawah ni ada beberapa gambar yang sempat saya ambil semasa lawatan tersebut. siapa tahu selepas melihat gambar-gambar ini ada yang berminat untuk mengikut jejak pengusaha kuih tradisional yang semakin mendapat tempat dikalangan masyarakat di merata tempat. Kuih tradisional ini sebenarnya sudah pun mendapat tempat dihati pengemar kuih tradisional bukan sahaja di kawasan Papar tetapi juga di seluruh sabah, semenanjung Malaysia dan telah pun memasuki pasaran luar seperti di Negara Brunei dan singapura malah ada yang pernah menyertai expo ke Beijing China.
Walaupun pengusaha-pengusaha ini bermula daripada seorang peniaga kecil- kecilan dan ada yang melalukannya atas sebab ‘suka-suka’ tetapi akhirnya kini mereka bergelar usahawan kuih tradisional. Semuanya adalah disebabkan usaha mereka serta bantuan dari pelbagai jabatan dan agensi agar pengusaha-pengusaha kecil ini terus berkembang dan bertambah maju. Pengusaha kuih tradisional ini dahulunya sama seperti kami yang berada di bawah pantauan jabatan pertanian tetapi kini mereka mampu untuk berdiri sendiri dengan perniagaan yang mereka jalankan. Semoga kejayaan mereka ini akan memberikan inpirasi kepada semua peniaga kecil yang datang membuat lawatan pada hari tersebut.
 |
Gambar di atas ni adalah tempat dimana pemprosesan kuih cincin, kuih lidah dan kerepek pisang Heera enterprise dilakukan. Gambar pertama ni yang dihidangkan kepada kami, saya tak lepaskan peluang mencuba kuih cincin yang baru siap di goreng tetapi saya lebih suka makan yang berwarna perang iaitu sebelum disalut dengan tepung.
|
 |
Pekerja-pekerja mereka tengah sibuk menyiapkan kerja masing-masing. Mereka mempunyai mesin yang banyak untuk membantu mereka membuat kerja dengan lebih efisien. |
 |
Gambar kuih cincin yang sudah siap digoreng dan sedia untuk dibungkus oleh pekerja.
|
No comments:
Post a Comment